;

Permata Hatiku

Thursday, May 13, 2010

Khabar dari IJN (i)

Athirah & Sepupunya Auni Firzanah

Salam ukhuwah.. kepada semua pengunjung blog. Buat kesekian kalinya blog ini ku intai semula untuk kuluahkan segala kenangan untuk dikongsi bersama,juga buat tatapan anak-anakku kelak,khususnya Athirah... Semoga kenangan ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim kalian semua.
Pada penghujung Februari yang lalu, Athirah telah kubawa untuk temujanji yang ke-2 di IJN. Seperti biasa, kami akan bertolak seawal jam 4.00 pagi. Meskipun Athirah kini telah menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak yang lain, terkadang gusar di hati tidak dapat kuselindungkan. Maklumlah, keadaan jantungnya belum pulih 100%. Sepanjang perjalanan ke sana, cuma satu harapanku... Jantungnya sudah o.k. Itulah yang ingin kudengar daripada mulut doktor yang bakal merawat Athirah nanti.
Kami tiba di IJN sekitar jam 9.00 pagi setelah puas melalui suasana sesak di sekitar ibu kota. Alhamdulillah, setelah menunggu hampir lebih sejam, akhirnya tiba giliran Athirah. Athirah terpaksa menjalani ujian 'eco' terlebih dahulu sebelum berjumpa dengan doktor. Selesai ujian tersebut, kami terus menunggu. Athirah sudah mula merengek... ya Allah, lamanya masa menunggu yang terpaksa kami hadapi. Bayangkanlah keadaan Athirah yang semakin sukar ditenteramkan. Dia lapar.. mengantuk.. akhirnya, setelah puas menunggu, nama Athirah dipanggil, kali ini kami berpeluang bersemuka dengan Dr. Mazni. Dahulu, kuingat Dr. Mazni ni perempuan, rupanya lelaki. Tak kisahlah, apa yang aku nak tahu hanyalah keadaan jantung anakku sekarang. Hanya beberapa ayat yang terkeluar daripada mulutnya. Katanya hasil 'eco' yang dibuat semuanya o.k. Suamiku kurang berpuas hati dengan jawapan itu dan bertanya tentang kemungkinan terpaksa melakukan pembedahan semula.
Sekali lagi aku terkesima,apabila doktor mengatakan yang Athirah tidak mustahil suatu hari nanti terpaksa melakukan pembedahan itu semula. Katanya, itupun sekiranya injap jantungnya kembali menyempit. Ya.. Allah kalau itu takdirnya, siapalah aku untuk menidakkannya..namun,
aku bersyukur dengan apa yang aku peroleh sekarang.

1 comment:

  1. alamak..anak sapa yg chubby gegirl tuh..?
    Vroomm..

    ReplyDelete

KENANGAN SYAWAL 2009