;

Permata Hatiku

Tuesday, October 6, 2009

Wanita... Akal Senipis Rambutnya.

Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya
mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya
mereka akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca
kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab...
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu
kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah... sebaliknya di situlah kasih dan
sayang Allah...

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan...
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus...
Bahkan akan semakin membengkok...
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...

Bila wanita menjadi derhaka... pasti dunia lelaki akan menjadi
huru hara....
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata...
Tapi binalah kepimpinan...
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya...
Jinakkan diri kepada allah...
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu...
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'

Khasiat Taugeh

Menu tauge untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita. Tauge dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan.

Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan syaur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita.Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.

Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.

Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dukatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.

Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)

Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.

Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.

Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.

Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya

Pagar Diri & Keluargamu Dari Sihir Dan Ilmu Hitam

Bismillah-ir Rahman-ir Rahim

Dengan menyebut nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Di bawah ini di nyatakan cara cara atau amalan yang boleh di lakukan untuk memagar diri anda dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam.Sihir mungkin tidak mengenal siapa anda.Ia boleh menyerang anda. Ketahuilah cara memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan.

Pagar Pertama (1) - Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah
Amalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah S.A.W. yang berbunyi: "Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar 'Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu".(Riwayat al Bukhari.)

Pagar Kedua (2) - Berwuduk sebelum tidur
Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada mereka.Sabda Rasulullah S.A.W: Ertinya: "Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorang Malaikat. Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walaupun sedetik untuk mengucapkan doa: 'Ya Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci.'(Riwayat at Tabraaniy dgn sanad yang baik.)

Pagar Ketiga (3) - Mengambil berat tentang solat berjemaah

Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan. Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.
Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W.telah bersabda:Ertinya: 'Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah.Sesungguh nya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.(Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik).

Pagar Keempat (4) - Mendirikan Solat Tahajjud utk memagarkan diri dari sihir
Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah- mudahkannya. Sifat mempermudah- mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu.Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitan tersebut.Ibnu Mas'ud r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun bersabda:Ertinya: "Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam telinganya"(Riwayat al Bukhari dan Muslim).

Pagar Kelima (5) - Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas
Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan mencuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ketandas. Di dalam sebuah buku seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan.Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata: Ertinya: "Dengan nama Allah. Ya Allah!Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan".Riwayat al Bukhari dan Muslim. Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau betina.

Pagar Keenam (6) - Memagar isteri selepas selesai akad nikah
Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa:"Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau selubungi ke atasnya,dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya."(Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik).

Pagar Ketujuh (7) - Berwuduk sebelum tidur, membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap.
Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada Abu Hurairah: "Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi".Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambil berkata: "Ia telah bercakap benar kepada engkau, walhal ia sendiri sememangnya penipu."(Riwayat al Bukhari).

Sekian wassalam.

Kajian 25 tahun Dato'Fazillah Kamsah - Karektor Manusia Mengikut Bulan Kelahiran

JANUARI
Bercita-cita tinggi dan orangnya serius Suka mendidik dan dididik Sangat
mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik Rajin dan setiap yang dibuat
nampak keuntungan Suka smart, kemas dan teratur Bersifat sensitif, berfikiran
mendalam Pandai mengambil hati orang lain Pendiam kecuali telah dirangsang Agak
pemalu Daya tumpuan yang sangat tinggi Mudah mendisiplinkan diri sendiri
Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema Bersikap romantik tetapi tidak
pandai mempamerkannya Cukup sayang pada kanak-kanak Suka duduk di rumah Setia
pada segala-galanya Perlu belajar kemahiran sosial Cukup cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI
Berfikiran abstrak Sukakan benda yang reality danabstrak Intelligent, bijak
dan genius Berpesonaliti yang mudah berubah Mudah menawan orang lain Agak
pendiam, pemalu dan rendah diri Jujur dan setia pada segalanya Keras hati untuk
mencapai matlamat Tidak suka dikongkong Mudah memberontak apabila dikongkong
Suka kegiatan yang lasak Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif Mudah
mempamerkan marahnya Tidak suka benda yang remeh-temeh Suka berkawan tapi kurang
mempamerkannya Sangat berani dan suka memberontak Bercita-cita tinggi dan suka
berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya Pemerhatian yang
tajam Suka hiburan dan sukan Suka benda yang bersifat seni Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak
pada luaran Berkecenderungan pada benda yang tahyul Amat mudah dan boleh
menjadi terlalu boros Belajar untuk mempamerkan emosi.

MAC
Berpesonaliti yang menarik dan menawan Mudah didampingi Sangat pemalu dan
pemendam rasa Sangat baik secara semulajadi, jujur, pemurah dan mudah simpati
Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran Suka pada
kedamaian Sangat peka kepada orang lain Sesuai dengan kerjaya yang memberi
khidmat kepada orang lain Tidak cepat marah dan sangat amanah Tahu balas budi
dan tahu kenang budi Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam Kecenderungan
untuk berdendam jika tidak dikawal Suka berangan-angan Suka melancong Sangat
manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi Kelam kabut dalam memilih
pasangan Suka dgn hiasan rumahtangga Punya bakat seni dalam bidang muzik
Kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik Jangan terlalu moody.

APRIL
Sangat aktif dan dinamik Cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
Sangat menarik dan pandai manjakan diri Punya daya mental yang sangat kuat Suka
diberi perhatian Sangat diplomatik (pandai memujuk ). Berkawan dan pandai
menyelesaikan masalah orang Sangat berani dan tiada perasaan takut Suka
adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah Emosi cepat terusik
Try control the emotion Kecenderungan
bersifat dendam Agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan Kuat daya
ingatan Gerak hati yang sangat kuat Pandai mendorong diri sendiri dan
memotivasikan orang lain Berpenyakit di sekitar kepala dan dada Sangat
cemburu dan terlalu cemburu.

MEI
Kekerasan hati & degil Kuat semangat & bermotivasi tinggi Pemikiran
yang tajam Mudah marah apabila tidak dikawal Pandai menarik hati orang lain
& menarik perhatian Perasaan yang amat mendalam Cantik dari segi mental
& fizikal Tidak perlu dimotivasikan Tetap pendirian tetapi mudah
dipengaruhi oleh orang lain Mudah dipujuk Bersikap sistematik (otak kiri) Suka
berangan Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa
diberitahu Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit Daya khayalan
yang tinggi Permikiran yang tajam Pandai berdebat Fizikal yang baik Kelemahan
sistem pernafasan Suka sastera, seni & muzik serta melancong Tidak berapa
suka duduk di rumah Tidak boleh duduk diam Tidak punya ramai anak Rajin dan
bersemangat tinggi Agak boros

JUN

Berfikiran jauh & berwawasan Mudah ditawan kerana sikap
baik Berperangai yang lemah lembut Mudah berubah sikap, perangai, idea @
mood Idea yang terlalu banyak di kepala Bersikap sensitif Otaknya aktif
(sentiasa berfikir) Sukar melakukan sesuatu dengan segera Bersikap suka
menangguh-nangguh Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik Cepat
marah & cepat sejuk Suka bercakap & berdebat Suka buat lawak &
bergurau Otaknya cerdas berangan-angan Mudah berkawan & pandai berkawan
Orang yang sangat tertib Pandai mempamerkan sikap Mudah kecil hati Mudah kena
selsema Suka berkemas Cepat rasa bosan Sikap terlalu memilih & cerewet
Kurang mempamerkan perasaan Lambat nak sembuh apabila terluka hati Suka kepada
barang yang berjenama Mudah menjadi eksekutif Kedegilan yang tidak terkawal
Sesiapa yang memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah
kawan saya

JULAI
Sangat seronok didamping Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya
lelaki Agak pendiam kecuali diransang Ada harga dan maruah diri Tak suka
menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan Mudah dipujuk dan
bercakap lurus Sangat menjaga hati orang lain Sangat peramah Emosi sangat
mendalam tapi mudah terluka hatinya Berjiwa
sentimental Jarang berdendam Mudah memaafkan tapi sukar melupakan Tidak suka
benda remeh-temeh Membimbing cara fizikal dan mental Sangat peka, caring dan
mengasihi serta penyayang Layanan yang serupa dengan semua orang Tinggi daya
simpati Pemerhatian yang tajam Suka menilai orang lain dengan pemerhatian Mudah
dan rajin belajar Suka muhasabah diri Suka mengenangkan peristiwa atau kawan
lama Suka mendiamkan diri Suka duduk di rumah Suka tunggu kawan tapi tak cari
kawan Tak agresif kecuali terpaksa Lemah dari segi kesihatan perut Mudah gemuk
kawal tak kawal diet Minta disayangi Mudah terluka hati tapi lambat pulih
Terlalu mengambil berat Rajin dalam membuat kerja

OGOS
Suka berlawak Mudah tertawan kepadanya Sopan santun dan caring terhadap orang
lain Berani dan tidak tahu takut Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan
Pandai pujuk orang lain Terlalu pemurah & bersikap ego Nilai harga diri
yang sangat tinggi Dahagakan pujian Semangat juang yang luar biasa Cepat marah
& mudah mengamuk Mudah marah apabila cakapnya
dilawan Sangat cemburu Daya pemerhatian yang tajam & teliti Cepat berfikir
Fikiran yang berdikari Suka memimpin & dipimpin Sifat suka berangan
Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat Sangat sensitif tapi tidak mudah
merajuk Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit Belajar untuk relax Sikap
kelam kabut Romantik, pengasih & penyayang Suka mencari kawan

SEPTEMBER
Sangat bersopan santun & bertolak ansur Sangat cermat, teliti & teratur
Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik Pendiam tapi pandai bercakap
Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati Sangat perihatin &
terperinci, amanah, setia & jujur Kerja yang dilakukan sangat sempurna
Sangat sensitif yang tidak diketahui Orang yang banyak berfikir Daya
pentaakulan yang baik Otak bijak & mudah belajar Suka mencari maklumat
Kawal diri dari terlalu mengkritik Pandai mendorong diri sendiri Mudah memahami
orang lain (daya firasat yang tinggi) kerana banyak simpan rahsia Suka sukan,
hiburan & melancong Kurang menunjukkan perasaannya Terluka hatinya sangat
lama disimpan Terlalu memilih pasangan Sukakan benda yang luas Bersistematik

OKTOBER
Suka sembang Suka orang yang sayang padanya Suka ambil jalan tengah Sangat
menawan & sopan santun Kecantikan luar & dalam Tidak pandai berbohong
& berpura-pura Mudah rasa simpati, baik dan pentingkan kawan Sentiasa
berkawan Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama Cepat marah Macam
pentingkan diri sendiri Tidak menolong orang kecuali diminta Suka melihat dari
perspektifnya sendiri Tidak suka terima pandangan orang lain Emosi yang mudah
terusik Suka berangan & pandai bercakap Emosi yang kelam kabut Daya firasat
yang sangat kuat (terutamanya perempuan) Suka melancong, bidang sastera &
seni Pengasih, penyayang & lemah lembut Romantik dalam percintaan Mudah terusik hati & cemburu Ambil berat tentang
orang lain Suka kegiatan luar Orang yang adil Boros & mudah dipengaruhi
persekitaran Mudah patah semangat

NOVEMBER
Banyak idea dalam perkara Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya
Berfikiran kehadapan Berfikiran unik dan bijak Penuh dengan idea-idea baru yang
luar biasa Pemikiran yang tajam Daya firasat yang sangat halus dan tinggi Bagus
untuk jadi doktor Cermat dan teliti Personality dinamik Sifat yang berahsia,
pandai mencungkil dan mencari rahsia Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi
mesra Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran Terlalu degil dan keras hati
apabila hendak. Diusahakan sehingga berjaya Tak suka marah kecuali digugat
Mudah ambil berat terhadap orang lain Pandai muhasabah diri Cara berfikir lain
dari orang lain Otak yang sangat tajam Pandai mendorong diri sendiri Tidak
hargai pujian Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi dan apabila
hendak sesuatu cuba sampai berjaya Badan yang "tough" (sasa) Kasih
sayang dan emosi yang sangat mendalam Romantik Tidak pasti dgn hubungan kasih
sayang Suka duduk di rumah Sangat rajin dan berkemampuan tinggi Amanah, jujur,
setia dan pandai berahsia Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
Bercita-cita tinggi Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER
Sangat setia dan pemurah Bersifat patriotik Sangat aktif dalam permainan dan
pergaulan Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa Bercita-cita tinggi Suka menjadi
orang yang berpengaruh dalam organisasi Seronok didampingi Suka bercampur
dengan orang Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai Sangat jujur,
amanah dan bertolak ansur Tidak pandai berpura-pura Cepat marah Perangai yang
berubah-ubah Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi Benci pada
kongkongan Suka berlawak Pandai buat lawak dan berfikiran dengan logik.


Tazkirah Hati

Seandainya dirimu tidak mampu menjadi lilin yang menerangkan
cahaya,maka janganlah pula kamu menjadi hembusan angin yang
memadamkan cahaya..Kikislah kekecewaan didalam sanubarimu
dan tegakkanlah ketuanan Islam yang sejati..

Kadang2 Allah hilangkan sekejap matahari,kemudian dia datangkan
pula guruh dan kilat,puas kita menangis mencari mana matahari,
rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah..

don't walk in front of me,i won't follow.
don't walk behind,i may not lead.
walk beside me,be my friends forever

Mengingati teman tanda persahabatan,
mengingati mati sumber keteguhan iman,
mengingati akhirat semulia-mulia ingatan &
mengingati Allah nadi ketenangan...

Pesan Lukman al-hakim kpd anaknya "jika ada 5 perkara terhimpun
dalam diri seseorang iaitu agama,harta,rasa malu,akhlak yang baik
& kedermawanan,maka ia adalah suci,bertakwa,kekasih Allah dan
terhindar dari syaitan"

Renungkanlah...

Cantiknya Wanita

Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia
diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku
membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia;
namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam
untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan
yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap
tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh
keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan
tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai
anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika
anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung
suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan
tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui
bahwa seorang suami yang baik takkan pernah
menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji
kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada
disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk
dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk
digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah
dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia
tampilkan, atau bagaimana ia menyisir
rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus
dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya,
tempat dimana cinta itu ada."


Kirimkan Firman ini kepada setiap wanita yg anda kenali....
Anda akan menambah harga diri ciptaan Indah,wanita!
kerana, Setiap Wanita itu Cantik...






Muhasabah Diri

Khutbah terakhir nabi Muhammad s.a.w.

Khutbah ini disampaikan pada 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah.

Wahai Manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan, dan tunaikan zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadat haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak akan ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al Quran dan Sunnahku.

Hendaknya orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.



KENANGAN SYAWAL 2009