;

Permata Hatiku

Saturday, September 26, 2009

Berkampung di Hospital Kulim(24 Ogos - 29 Ogos 2009)

Gambar Athirah sebaik keluar dari dewan bedah.


Salam Aidilfitri. Mungkin belum terlambat untuk aku mengucapkannya kepada semua umat Islam di mana jua berada. Dah lama tak update blog ni..maklumlah sibuk dek tuntutan kerja. Tahun ini, Athirah menyambut Syawal pertama bersama kami semua. Meriah rasanya walaupun dalam keadaan kakinya berbalut. Anakku baru lepas menjalani satu lagi pembedahan bagi meregangkan urat ketingnya pada 26 Ogos 2009 yang lalu di Hospital Kulim. Seminggu cuti persekolahan kuhabiskan di wad bersama Athirah. Di sini ingin kurakamkan ucapan terima kasih kepada semua pakar dan doktor khususnya unit orthopaedik terutama sekali Mr. Ashwini Sood dan Dr. Sufian yang berjaya menjalankan pembedahan ke atas anakku. Walau bagaimanapun, Athirah masih memerlukan rawatan yang berterusan dan kata Dr. Sufian proses baikpulih kaki Athirah mengambil masa. Apapun aku tetap bersyukur dan berharap agar segalanya berjalan lancar malah sebagai ibu, sudah tentu aku ingin melihat Athirah kelak dapat berjalan seperti anak-anak yang lain. Entah sampai bila Athirah akan terus dirujuk ke Hospital Kulim..Kutinggalkan Athirah dan Hospital Kulim......

Kenangan di Pagi Syawal 1430H

Keluarga besar.....

Permata Hatiku berbaju sedondon..

KENANGAN SYAWAL 2009