Salam Aidilfitri. Mungkin belum terlambat untuk aku mengucapkannya kepada semua umat Islam di mana jua berada. Dah lama tak update blog ni..maklumlah sibuk dek tuntutan kerja. Tahun ini, Athirah menyambut Syawal pertama bersama kami semua. Meriah rasanya walaupun dalam keadaan kakinya berbalut. Anakku baru lepas menjalani satu lagi pembedahan bagi meregangkan urat ketingnya pada 26 Ogos 2009 yang lalu di Hospital Kulim. Seminggu cuti persekolahan kuhabiskan di wad bersama Athirah. Di sini ingin kurakamkan ucapan terima kasih kepada semua pakar dan doktor khususnya unit orthopaedik terutama sekali Mr. Ashwini Sood dan Dr. Sufian yang berjaya menjalankan pembedahan ke atas anakku. Walau bagaimanapun, Athirah masih memerlukan rawatan yang berterusan dan kata Dr. Sufian proses baikpulih kaki Athirah mengambil masa. Apapun aku tetap bersyukur dan berharap agar segalanya berjalan lancar malah sebagai ibu, sudah tentu aku ingin melihat Athirah kelak dapat berjalan seperti anak-anak yang lain. Entah sampai bila Athirah akan terus dirujuk ke Hospital Kulim..Kutinggalkan Athirah dan Hospital Kulim......
Permata Hatiku
Saturday, September 26, 2009
Berkampung di Hospital Kulim(24 Ogos - 29 Ogos 2009)

Monday, September 14, 2009
Jasamu Dikenang
Assalamualaikum.. bertemu lagi setelah lama menyepi. Di kesempatan bulan yang mulia ini ingin kutitipkan lafaz terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak mahupun individu yang terbabit secara langsung mahupun tidak langsung ke atas insan kecil bernama Ainur Athirah. Sokongan dan komitmen kalian kepada anak kecil ini akan kuabadikan dalam diari hidupku dengan penuh rasa syukur dan semoga Allah jualah yang membalas segala-galanya.Ingin kunyatakan di sini pihak-pihak berkenaan: Seluruh kaum keluarga yang tersayang,kakitangan Institut Jantung Negara-Wad Melor,Wad MICU(Disember 2008-Januari 2009), Kakitangan Wad NICU Hospital Sultanah Bahiyyah,Alor Star (Disember 2008), Kakitangan Wad 1 Hospital Kulim (24 Ogos - 29 ogos 2009), Kakitangan Klinik Orthopaedik Hospital Kulim.~ JASAMU DIKENANG, TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA~
Subscribe to:
Posts (Atom)